Thursday, July 11, 2019

Story for Half-2019!!

Assalamualaikum and happy good day,

Huish, berhabuk terox blog aku ni and as usual alasan aku adalah sibuk!! Hakhak

7th January – Aku bagi surat perletakan jawatan aku, sebulan notis. Aku berhenti tanpa ada kerja lain dan memang aku dah nekad. Aku hanya tawakal dengan usaha yang berterusan untuk carik kerja lain. Tapi dalam otak keep berputar fikir macamman nak cari duit bayar semua komitment yang aku…..

22th January – Alhamdullilah aku dapat offer dari salah sebuah university di Sepang. Gembira dalam hati aku Allah je yang tahu. Panjang doa aku mengucap kesyukuran pada Allah atas makbulkan doa aku. Sebenarnya aku dah tak berharap pada kerja tu sebab aku pergi interview awal bulan December 2018, lama aku tunggu tapi tup tup diaorang call kata aku diterima. Betulla, rezeki takkan salah alamat.

Dalam masa yang sama, tempat kerja Cheras mintak aku postponed sampai hujung bulan February sebab still tak dapat lecturer ganti aku (masa ni aku gelak je dalam hati sebab tau pulak cakap eok-elok dengan aku, mengenangkan pelajar-pelajar aku setuju sampai hujung bulan. Itupun bukan boss aku yang cakap, tapi BINI dia yang bermuka-muka sengeh-sengeh slowtalk dengan aku!!!)

25th Feb – Aku dah bertukar keje di salah sebuah universiti di Sepang. Yes, setelah 3 tahun 8 bulan di Cheras, aku bertukar tempat kerja lagi. Tapi kali ni aku bukan lecturer but as Lab Officer (ICT Department). Ramai yang tanya, dah tak nak mengajar ke? Hikhik aku tetap mengajar tapi dalam environtment yang berbeza.

Aku pun nak cabar diri sendiri, aku mampu tak untuk pikul tanggungjawab ni?At least aku ada pengalaman in various position. (ok ok aku mengaku, aku memang ada penyakit suke main klik klik kat jobstreet bila hati tengah marah) lalalalala

5th June – Selamat Hari Raya dan maaf jika ada terkasar Bahasa atau menyakitkan hati. Penat makan open house memanjang. Berat badan nak kene maintain balik ni hikhik

5th July – Bithday aku and alhamdullilah masih lagi bernafas,sihat dan mampu lagi tersenyum. Umur sebegini membuatkan aku lebih tenang dan tak cepat melatah dengan keadaan sekeliling. Oh ya,umur aku dah masuk 36 tahun !!! yeayyyyyy  (ooommmaaaaaiiii….. another 4 years aku nak masuk 40 tahun uhuk uhukkkk)

It’s been a halfway for 2019, tanpa aku sedar banyak perkara baik berlaku pada diri aku tahun ni (yang sedih tu aku nak tolak tepi sebab aku nak ingat perkara yang membahagiakan aku je). Dalam kerdil diri aku ni, aku cuba untuk keep mengucapkan syukur dengan kurniaan yang Allah bagi pada aku. Setiap hari bangun je dari tidur, celik biji mata perkataan pertama aku akan sebut “Alhamdullilah”. Aku cuba praktikkan setiap hari dan alhamdullilah every morning I’ve got a positive tone.

Aku nak share amalan yang aku buat. Amalan ni aku buat ketika aku sedang berperang (aku ada masalah di tempat kerje lama di cheras, I had a mental toucher from my boss and his slave, which is I had a negative though, nightmare and every morning I felt stress/tired to go to work).

Berperang dengan perasaan dan otak sangat meletihkan. Hampir setiap hari aku menangis, kemurungan dan susah hati. Ada satu hari aku baca dekat Instagram, tentang amalam membaca ayat Al-Waqiah, Al-Mulk dan Al-Rahman. Aku perhalusi setiap bait kata-kata dalam artikel tu. Tak cukup dengan itu aku google tentang khasiat ayat-ayat itu.

Aku nekad belli Al-Quran yang beserta maksud sekali.

Aku ubah diri aku tak tinggal solat

Aku ubah diri aku mengamalkan ayat-ayat tu selepas subuh dan selepas isyak

Aku ubah doa-doa aku, aku baca doa secara spesifik apa aku nak

Aku ubah diri aku mengaji dan cuba khatam Al-Quran

Aku mula konsisten bersedekah di masjid atau secara online

Alhamdullilah, Allah mendengar doa aku dan mengabulkan permintaan yang aku perlukan satu persatu.

Tapi,

Aku tak nafikan masih lagi terbelunggu dengan iman turun naik ( benda ni bukan main-main ye, keadaan sekeliling dan hati berbisik boleh jadi perosak iman kau). Tapi setiap hari aku cuba muhasabah diri supaya teruskan dengan amalan yang aku buat ni.

Apa yang boleh katakan, kehidupan aku semakin baik tahun demi tahun. Tetapi sebagai manusia kene berusaha dan tidak melupakan Allah dalam apa jua perkara. Walau kau rasa dah ada semua dalam dunia ni, tapi sebagai hambanya kau wajib untuk melakukan apa yang disuruh. Sekurang-kurangnya jagalah solat, dari solat perlahan-lahan perlakuan kau juga akan berubah. Kalua boleh dalam sehari mengaji la walau semuka sahaja pun…tak rugi.

ok, panjang sangat dah aku membebel ni. Nanti kalau rajin aku update lagi ye.

#notatapakkaki: Minggu depan aku dapat 2 interview (satu dari Oman, satu lagi Brunei). Doakan la supaya aku dapat salah satu ye, walaupun mak aku cakap nak aku pergi Brunei je....Oman jauh sangat uhuk uhuk


Monday, March 26, 2018

Kenapa orang suka tengok cerita korea?- Bahagian 1


Ok ok sorry kalau tajuk kali ni buat korang yang baca ni menyampah/tiba-tiba jadi gedik/tiba-tiba rasa di awangan/tiba-tiba rasa nak muntah dan 1000 rasa tiba-tiba yang lain. Tapi isu kali ni adalah dari pemerhatian rambang aku bila baca isu k-popers/ isu retis korea datang Malaysia dan isu drama mereka.

Memula aku nak puji pihak produksi dari Korea ni yang BERJAYA menyebarkan keunikan bahasa mereka yang berbelit, seni budaya yang menjadi ikutan dan banyak lagi yang mereka berjaya pengaruhi peminat seluruh dunia. Sehinggakan periuk masak ramen tu pun orang sibuk beli hakhak (termasuk la aku!!). Belum lagi masuk isu ramen Samyang spicy challenge tu (ok ni aku tak buat sebab aku memang tak tahan pedas!!)

Drama
Kalau diperhatikan diaorang ada banyak isu yang diketengahkan dalam drama mereka tapi mesti terselit kisah romantik tahap membuat hati berbunga-bunga mekar pastu senyum sesorang. Lepas tu start la menyanyi-nyanyi ost lagu diaorang tu (walaupun tak paham tapi janji bunyi sama hakhakhak).
Mereka mempersembahkan jalan cerita romantik yang mampu memeranjatkan hati perasaan detak jantung kita hingga membuatkan kita mampu berimaginasi dan inginkan juga keadaan begitu walaupun kita tahu tidak akan terjadi dalam realiti. Bagi la kisah politik ke, kisah pembunuhan ke, kisah askar ke, kisah melarat ke, kisah fantasi ke tetap akan mampu buat kita duduk tatap dan habiskan cerita setiap episod yang ada.

Setiap dari diri kita memang akan ada kenginginan terjadi begitu begini lepas habis tonton setiap episod tetapi akan terselit dalam hati kita:

“ elehhhh tak kan jadi la macam tu!”

“alaaaaa tu semua dunia je tu!! “

“poyo kot kalau bebetol jadi nehhhh”

“kenapalah boipren/gepren aku tak romantic macam ni?”

“haishhhh charming gilerrrrrrr mamat niiii (walaupun muka putih bagaikan mayat tetap di kata kacak!!)

Fashion
Ini pun menjadi ikutan dan fenomena jugak ni. Dari rambut, pakaian, solekan dan mungkin juga skincare yang melambak-lambak dari sana tuh.

Fashion pakaian yang unik, tapi bila dalam drama diaorang pakai cantik je terletak. Yang fashion lelaki pakai seluar slack singkat dengan kasut tanpa stoking pun dah rasa cool gilerrr. Tapi bila aku tengok manusia-manusia lelaki kat Malaysia cuba pakai……ok aku memang tergelak dan rasa nak pi cakap je kat mamat tu:

“dik…. Ko sedar tak ko tak sesuai pesen macam ni?”

“dik….sile gosok kaki ko dulu guna berus dawai!”

Hakhakhak ok jangan kecam sis!

Kalau fashion rambut, ala2 rambut depan tutup dahi dan mata. Kat Malaysia sendiri lelaki remaja suka sangat buat fashion begini. Aku yang perati rasa nak amik gunting lepas tu kasi trim je hakhak maaf la kalau aku berkasar tapi please la dik….. tak perlu la ko iron rambut nak lurus kejung supaya tutup dahi mata kau tu. Berpijak di bumi yang nyata. Kita orang Malaysia yang ada sedikit influence jawa sesungguhnya tak sesuai begitu!!! Belum lagi aku tengok yang perangkan rambut walaupun dah sah-sah memang nampak eeeerrrrrmmm…… seday!!!!

Yang pompuan pulak sibuk beli baju korea walaupun badan sado. Yg model baju korea semua kurus-kurus takda perut. Tapi ko tetap degil nak pakai gak dengan harapan ko akan nampak macam suzy. Please dik, make sure ko diet dulu dapat pinggang 23inc baru pakai. Kalau tak….orang nampak ko pelik je hakhakhak

Ok sampai sini dulu lah bahagian 1…kalau sambung nanti lagi banyak kene kecam hakhak


#notatapakkaki: suka tu tak salah tapi janganla sampai obsess!

Thursday, March 22, 2018

Sahabat


Kami berkawan
Lelaki dan perempuan
Rapat
Sangat rapat tetapi ada batas
Aku cuba untuk tidak jadi klise dalam berkawan berlainan jantina
Kami bercerita tentang apa sahaja
Hati, perasaan,dilukai,isu semasa,bergosip,mengumpat,mengadu,mengutuk
Penceritaan kami sehingga tahap menyentuh perasaan


Tapi,
Aku tak pernah sedar detak hatinya
Aku memandang dia sedalamnya tapi tidak ke dasar hatinya
Aku mendengar segala kata-kata tersuratnya tapi tidak kata-kata tersiratnya
Dia merenung ke mata aku sedalamnya tapi aku hanya merenung hanya ke permukaan

Dalam hidup ini jika ada bermacam ayat untuk dimulakan dengan KALAU
Kalau aku mendengar setiap kata kiasan
Kalau aku melihat sedalamnya ke dalam mata
Kalau aku merasa detak getaran hati perasaan
Kalau aku menghayati setiap layanan yang diberi


Tetapi,
Adakah aku bersedia?
Adakah perasaan aku juga sama?
Adakah aku mampu merasa itu semua juga?

Terlambat,
Aku meminta maaf kerana terlambat menyedari itu semua
Aku meminta maaf kerana terlambat untuk memberi jawapan
Aku meminta maaf kerana membuat kau tertunggu

Akhirnya?
Aku diam
Kau putus asa

Hilang,
Sejujurnya aku sayang
Tapi tidak mencinta
Untuk hidup bersama?
Mungkin aku mampu
Tetapi itu tidak adi bagi kau
Ya, aku relakan kau pergi untuk arah hidup yang bahagia kerana kau layak untuk itu semua
Aku hilang waktu untuk bersama tapi aku tak ralat
Dalam hati kau tetap SAHABAT
Tapi maaf, aku perlu hilang dari hati dan sisi kau.

#notatapakkaki: bila aku tengok/pandang/lalu McD damansara, teh tarik place The Curve kereta Gen 2 kelabu mesti aku teringatkan kau....

Thursday, February 23, 2017

Assalamualaikum and Good day!!
saje nak share something from http://iiumc.com/pengajar-ipt/. the topics is about "pengajar IPT"
Saya dah mengajar budak-budak tua sejak 2007. Sebelum tu di Kolej, habis MA, masuk mengajar IPT. Bidang apa ajar, kat mana mengajar, biarlah rahsia. Bukan apa tak mau malukan Universiti dan bukan niat nak malukan students. Tapi saya perlu luahkan perkara ni supaya saya rasa tenang dan boleh move on, haha.
Selama mengajar ni saya betul-betul tak tahu apa yang ada dalam kepala otak pelajar ni atau how their mind works.
Kadang-kadang hilang punca dan idea apa lagi nak buat atau usahakan supaya mereka ni faham, dan submit tugasan yang mencapai tahap dan kualiti selayaknya sebagai calon IPT. Entahlah, saja buat-buat tak faham ke atau memang betul-betul critical thinking skill mereka too low.
Saya kadang-kadang hilang punca, guna metod kasar/garang/tegas atau cuba berdiplomasi masih tidak berjaya. Itu yang saya katakan saya tak tau apa sebenarnya yang ada dalam fikiran mereka bila mereka masuk kelas atau bila mereka belajar atau bila mereka siapkan tugasan yang diberi.
Bila kita tanya ada soalan tak? Faham tak? Respon biasanya diam saja. Macam faham tapi hasil tugasan menunjukkan mereka tak faham langsung malah tak tau pun apa yang mereka buat sebenarnya. Kadang-kadang fikir salah aku ke tak bagi arahan dengan bagus? Salah aku ke cakap benda yang buat mereka tak faham tapi serius, ini yang buat saya hilang punca. What? What happened? What is wrong? Am I at fault here?
Kita beri arahan, bagi tugasan malah siap sediakan template lagi untuk mereka buat tugasan (academic formal writing of course). Kelakarkan untuk budak-budak tua peringkat IPT macam ni kita kena bagi template macam mana nak buat tugasan tu dari segi format. Kalau menulis tesis tu memang ada buku panduan, tapi ini template. Itu pun kesalahan ketara masih terusan berlaku.
The funny things is, selama saya mengajar ni, setiap kali hantar tugasan penulisan ni mereka ni tak tau apa itu justify, indent paragraph, double spacing, standard font yg digunakan atau saiz font patut guna untuk title, subtitle dan isi. Apa itu allcaps smallcaps, bold, underline, italic. format macam tu la… paling biasa, tak reti menulis dalam perenggan, kelakar kan? Takkan la dah sampai peringkat PENGAJIAN TINGGI masih tak tau guna komputer dan MSWord? Ya Allah, saya zaman belajar teknologi komputer ni baru berkembang. culture shock tau nak guna komputer, memang fobia. Tapi survive. Ingat lagi buat assignment guna typewriter. Salah, satu huruf je walau dh hampir ke barisan last, sanggup ronyok dan taip yang baru dengan determination takkan buat salah. Tapi bagi pelajar saya ni buat salah tu biasa dan bukannya apa-apa. It is nothing important.
Takkan lah saya kena ajar satu-satu benda remeh macam ni. Hal ni macam kanser tau, makin hari makin parah macam betul-betul begitu rendah ke minda kritis generasi muda sekarang ni bila masuk bab belajar secara kendiri? Tak ada nampak usaha, passion untuk buat yang terbaik, atau berlumba-lumba dengan rakan sebaya untuk hasilkan tugasan yang lebih baik. Mereka tak laparkan perhatian pensyarah dan mereka tak dahagakan ilmu. Segalanya asal boleh. Membaca jauh sekali (dan itu belum kira isu skil kopi pes. Bab ni sangat handal).
Kadang kesalahan ejaan, tatabahasa begitu jelas, tapi mereka ni berani submit tugasan macam ni. Tak semak kesalahan sebelum hantar. Perasan tak kadang-kadang dalam berita kita boleh jumpa spelling error. Saya tak taulah kalau hal ni relevan ke tidak tapi itulah yang saya nampak sedang berlaku dalam jiwa masyarakat muda ni. Saya betul-betul tak tau apa sebenarnya yang sedang berlaku.
Kalaulah saya boleh capture dan share gambar-gambar, malang sekali saya fikir nanti boleh bocor rahsia so meluahkan sahajalah. Saya rasa setakat itu sajalah pengakuan saya. Sekian terima kasih.
Credit to : – Madam Tazzabar

Wednesday, September 7, 2016

Maknyah - lelaki - Maknyah!

*sorry post ni panjang sikit*
*ini hanyalah pandangan peribadi*

I had been a silent reader for his "changes journey" after many of my friends
at FB share the story.

Pada mulanya aku sangat kagum sebab mcm mana seorg maknyah boleh berubah
secara drastik dengan membuang implan buah dadanya dan terus "istiqamah" untuk
menjadi seorang lelaki sejati. Lebih-lebih lagi bila dia sebenarnya adalah
jutawan kosmetik (as usual kalau jual untuk putih, cantik gebu memang ramai
org nak beli hakhak).

So mamat ni pun mula lah mendapat publisiti masuk keluar tv menceritakan
penghijrahannya. Dengan deraian air mata, muka yang penuh kekesalan
menceritakan liku hidup dari sisi yang gelap.Tidak cukup dengan itu,
dia sentiasa "update" dalam media sosial tentang penghijrahannya
sebagai lelaki (beli baju lelaki, pergi tabligh, ayat-ayat al quran, keluarga
yang gembira melihat dia berubah dsb).

Dari situ aku mula rasa sedikit "annoying" dan mula berhenti "stalk" segala
tentang dia.Aku faham dia masih lagi muda dan mungkin ingin berniat berkongsi
segalanya dengan menjadi "role model" untuk orang yang senasib dengan dia.
Dalam diam aku mendoakan supaya dia sentiasa istiqamah dan tetap dengan perubahannya.

Tetapi lagi sekali rakyat malaysia dikejutkan dengan berita perubahan dia.
Dia kembali menjadi maknyah atas alasan "PENAT".Penat dengan tohmahan
orang ramai dan penat berpura-pura(betulkan jika aku salah). Siap amik gambar
dengan berpakaian wanita dan screenshot whatsap dengan family (aku baca
sambil merasakan kesalan dan kekecewaan setiap ahli keluarganya!)

Lalu ramailah selebriti,keyboard warrior, Dai dan ustaz ustazah melayangkan
surat terbuka buat dia supaya kembali ke Fitrah sebagai lelaki(aku sendiri
tertanya-tanya apa yang dia rasa ketika membaca itu semua).

Apa yang aku rasakan sekarang adalah "tertipu" (jangan salahkan masyarakat
bila orang ramai akan mula kecam kau balik dik!)
Jika kau tengok selebriti lain yang mula membuat penghijrahan, mereka akan
berubah sedikit demi sedikit tanpa ada PUBLISITI, tanpa perlu "update"
setiap aktiviti keagamaan mereka, tanpa perlu war-warkan pada masyarakat
tetapi bermula dengan penuh keinsafan dan keazaman yang jitu.Tak perlu
dihebahkan seantero alam tetapi pemberitahuan perubahan itu akan disedari
sendiri oleh masyarakat.

Bagi aku secara "personally", maaf aku sudah tidak percaya pada orang
sebegini (tetapi doa itu sentiasa ada).Jika satu hari nanti kau ingin berubah balik dik, buktikan! Action speak louder than words.

Cuma ingatlah, nikmat yang diberikan oleh Allah utk kau dik.Betapa
Allah sayangkan kau sehingga dia berikan Kekayaan, keluarga yang memahami,
kehidupan yang selesa, cukup makan pakai,perniagaan yang mantap
tetapi Allah hanya menguji kau dengan 1 perkara sahaja iaitu "nafsu". Allah
juga sudah menyediakan cara-cara untuk memerangi nafsu yang perlu kau cari jika
benar ingin berubah.Orang di sekeliling kau juga diuji, diuji dari segi
mencemuh, mengata,menyindir atau mungkin maki dengan apa yang kau buat sekarang
tetapi terusla bertabah kerana lagi sekali aku tekankan, ini adalah UJIAN untuk
kita semua.

Peluang dari manusia mungkin ada limitnya tetapi peluang dari Allah
sentiasa ada.

*sorry terkasar sedikit sebab dah ramai sangat orang tulis secara berlembut memujuk!*

#notatapakkaki : aku memang tak suka orang gila publisiti

Monday, February 15, 2016

2016...welcome bebeh!!!


Assalamuaikum and good day peeps!!

Selamat tahun baru 2016 (ok ok aku tau memang dah lambat sangat aku wish nih) hakhak
Ampun sangat, sebenarnya banyak je benda yang aku nak cerita tapi masa dan mood selalu menghalang aku (selalunya mood malas la)

Alhamdullilah, aku masih lagi bernafas dan masih lagi baik menjalani kehidupan di tahun baru ini. Aku sendiri tak sangka dapat mengharungi setahun ini tanpa menoleh ke hubungan silam walaupun kadangkala aku rasa perit tapi dalam masa yang sama aku bersyukur dengan apa yang jadi. Sekurang-kurangnya aku tidak lagi bersama orang yang langsung tidak menghargai aku. Aku lebih menumpukan masa bersama keluarga. Mungkin itu lebih baik buat masa sekarang.

Kadangkala kenginan itu ada tapi bila perasaan perit itu datang membuatkan aku merasakan lebih baik aku bersendiri.

Sebulan lepas seorang rakan sama belajar ketika mengambil sarjana tiba-tiba whatsapp aku. Dia lelaki yang sudah berkahwin dan mempunyai anak 6 orang. Dia melamar aku dan tiba-tiba meluahkan perasaan yang sudah lama utk aku (kalau ikut perkiraan sejak tahun 2009, so 2016 baru meluahkan apa yg terpendam…haishhhh). Hayo… terkejut la aku. Orang yang sudah berkahwin tetiba ajak aku kahwin?? Eh..memang lelaki bujang semua dah tiada ye? Aku menolak dengan baik supaya tidak menyakitkan hati orang walaupun dalam hati aku sudah menggelegak berapi marahnya.

Kalau ditanya perasaan aku tika ini- kosong…sangat kosong.Melihat lelaki pun hanya dengan perasaan yang kosong.


Kalau ditanya apa yang ingin aku buat – berjalan tanpa henti dan mencarik duit utk kepuasan aku sendiri hikhikhik

#notatapakkaki : nak carik keje lain la eh eh eh hikhik

Friday, September 11, 2015

Pandangan sendiri...


           Assalamualaikum and good day peeps. Antara sedar dengan tak sedar dah 2 bulan aku tak update kan blog ni. Bukannya takde cite tapi malas nak taip hakhakhak

So hari ni topik agak caca marba sket. Aku campor-campor la ye. Aritu aku ada terbaca la sekejap pasal org yang keep update pasal anak membesar la, pasal suami yang baikla, pasal baru berumahtangga sambil letak caption yg membayangkan dunia ni kau yang punya la, and memacam lagi status yang menggambarkan kebahagian dan keharmonian kehidupan. Mungkin ada orang yang tak suka, ada org yang suka atau ada orang yang tak ksah. Kita juga tak tahu apakah niat mereka upload gambar atau status begitu. adakah sengaja nak menunjuk? bongkak? angkuh? buat orang sakit hati? atau sekadar perkongsian biasa?


Setiap org ade pandangan sendiri, setiap bende yg korg upload /udate apa pun ade pro n cons. Pada aku suke hati dialah nak upload gambo anak dia setiap 2 menet pun, suke ati dialah nak update status puji pujian pasal BF ka, BFF ka, GF ka, GFF ka, ikot dia lah nak update pasal kesweetan boipren/suami/gegren/isteria dia pun, pasal suami belikan bunga ke, pasal isteri pandai masak ke, pasal boipren wat surprise ke pasal gefren cantek ke, biaq pi la dia nak upload gambo selfie dlm toilet ke, br pas solat ke,kat depan cermin ke, dalam kete tgh jem ke, ikot suke hati dia jugalah kalau dia update status psl perli2 org, kutuk2 org,mengata org pun!

Yup, itu semua kebebasan anda sbb tu kan status anda tp ade 2 bende je yg aku nk ckp
1) jgn diusik perasaan org, jgn dibangkit kemarahan org, jgn mempertikaikan  qada qadar Allah. Sentiasa bersangka baik dgn apa jua keptusan Allah
2) jika kau jatuh 1 hari nanti jgn la pulak marah kalu org ungkit ape yg pernah kau update or upload.

#Notatatapkaki : aku pun dah lama tak update pesbukkk hikhikhik